CARA MENGATASI MASALAH GANGGUAN EMOSI MURID
Jelaslah bahawa sangat penting untuk
guru mengawal emosi di bilik darjah agar mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang kondusif. Memang tidak dinafikan bahawa
seorang murid memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah. Jadi,
suasana bilik darjah memainkan peranan terpenting dalam memupuk dan mengawal
emosi murid selain daripada suasana keluarga di rumah.
Peranan guru dan pihak sekolah menjadi
penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemai pemupukan emosi yang stabil dalam kalangan
murid. Suasana emosi ini akan menimbulkan pelbagai jenis tingkah laku murid
yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Suasana emosi bilik
darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat
seperi penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugasan
dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikapo demokrasi dan tidak
memilih. Faktor emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Murid yang mengalami gangguan emosi
harus dibantu. Mereka tidak seharusnya dibiarkan mengalami sesuatu masalah
secara berterusan dan akhirnya akan memberikan kesan kepada perkembangan mental
dan menjejaskan pencapaian akadenmik mereka. Walaupun kebanyakan masa mereka
dihabiskan bersama guru di sekolah, tetapi ibu bapa memainkan peranan yang
sangat penting untuk menentukan perkembangan emosi murid.
Kajian juga menunjukkan bahawa
kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau penjaga
mereka lebih berkecendurugan untuk terlibat dalam pelbagai maslah sosial.
Menyedari hakikat bahawa keluarga meruopakan satu institusi penting di dalan
pembentukan masyarakat yang dinamik, naka kerajaan harus campur tangan dari
awal apabila ntelah dikenal pasti bahawa terdapat kaitan antara maslah sosial
dan hubungan kekeluargaan.Campur tangan ini adalah penting untuk mengelak
keruntuhan sesuatu masyarakat secara keseluruhan. Di dalam hal ini kerajaan
boleh memainkan peranannya dengan menggubal undang-[undang yang mewajibkan ibu
bapa atau penjaga bagi menjaga kebajikan, kepentingan atau kesejahteraan
kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka.
Pengaruh ibu bapa dalam membentuh
tingkah laku dan personality murid boleh ditentukan dengan cara didikan
semenjak dari kecil lagi. Walau bagaimanapun seringkali timbul masalah antara
ibu bapa dan anak-anak. Perbezaan pemahaman dan pengalaman merupakan masalah
yang ketara dan ini dinamakan sebagai jurang generasi. Jurang generasi
meruapakan salah satu punca konflik antara anak dan ibu bapa. Ini ialah
perbezaan yang terdapat dalam nilai, sikap dan tingkah laku antara generasi tua
dengan generasi yang lebih muda iaitu anak-anak. Ibu bapa selalu memarahi
anak-anak yang dianggap tidak mematuhi kehendak dan peraturan mereka. Oleh yang
demikian , ibu bapa seharusnya mengambil kira aspek perbezaan antara jurang ini
dalam membentuk nilai kepada anak-anak.
Ibu bapa seharusnya boleh memainkan
pelbagai peranan dalam membentuk disiplin dan peribadi anak-anak. Kecuaian ibu
bapa untuk memahami peranannya yang sebenar menjadikan anak-anak hilang panduan
dan keliru dalam menjalani hidupnya. Peranan berkesan yang sepatutnya dimainkan
oleh ibu bapa di rumah adalah dengan melakukan sesuatu yang positif untuk
keharmonian kekeluargaan. Ibu bapa seharusnya dapat mengimbangi peranan mereka
sama ada di rumah, tempat kerja dan dalam masyarakat. Keseimbangan ini amat
perlu supaya segala tekanan akan dapat diatasi. Ini penting kerana hubungan
antara taingkah laku dan personality anak-anak adalah dipengaruhi oleh cara
didikan ibu bapa mereka.
Sperti yang dinayatakan sebelum ini,
memang tidak dinafikan bahawa seorang murid memenuhi kebanyakan masa
menuntutnya di bangku sekolah. Jadi, suasana bilik darjah merupakan suasana
penting dalam memupuk dan mengawal perkembangan emosi murid. Keadaan ini
diharapkan akan dapat membantu perkembangan emosi yang sempurna terhadap murid
selain daripada suasana keluarga di rumah. Oleh yang demikian peranan guru dan
pihak sekolah menjadi sangat penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk
menyemai pembentukan emosi yang positif dalam kalangan murid.
Suasana emosi di bilik darjah merujuk
perasaan murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkab
jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya
mengajarnya. Oleh yang demikian, setiap guru seharusnya berupaya
mengaplikasikan gaya pengajaran tersebut supaya ketika mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran murid dalam keadaan emosi yang stabil.
Faktor kawalan, pembentukan dan
gangguan emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah Gaya Kepimpinan
Autokkratik. Kepimpinan ini memerlukan guru mengawal murid melalui ganjaran dan
hukuman sehingga mewujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta
kondusif. Ini akan menjejaskan emosi murid untuk mengikuti penbgajaran yang
dilaksanakan oleh guru yang berkenaan. Guru yang mengamalkan Gaya Kepimpinan
Demokratik iaitu berkonsi tanggungjawab dengan murid akan sentiasa memberikan
galakan bukanya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Guru seharusnya sentiasa berusaha
untuk mewujudkan keadaan yang ceria dan kondusif ketika menguruskan kelas dan
melaksankan proses pengajaran. Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi
minat dan kecergasan murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini secara langsung akan
memberikan kesan dari segi emosi dan perasaan seperti marah, keupayaan untuk
bersaing, penggunaan sumber yang terhad, dengki, memfitnah dan lain-lain.
Kesmua aspek yang berkenaan akan dapat dikurangkan sekiranya murid dapat
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana kondusif dan emosi
terkawal.
Guru seterusnya boleh membantu untuk
mengawal emosi murid dengan membantu mereka berasa dirinya sebahagian daripada
bilik darjag. Pakar psikologi pernah mengatakan bahawa hasrat hati manusia
menjadi sebahagian daripada alam sosial den perasaan intelektual. Oleh itu,
guru perlu menggerakkan keinginan murid untuk melibatkan diri dalam sebarang
aktiviti dan suasana bilik darjah mengikut hasrat hati mereka dan bersesuaian
dengan situasi atau emosi murid pada ketika itu. Mereka mengharapkan peranan
mereka akan diterima serta dipuji dan diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain.
Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang berasa terpinggir
ketika berada di dalam kelas. Melalui cara ini, setiap murid pasti akan dapat
mengawal emosi dan seterusnya dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran yang
sedang diikutinya itu.
Semasa berusaha untuk membantu
mengawal emosi setiap murid, guru juga berpeluang menekankan nilai-nilai murni.
Penerapan nilai-nilai murni dapat guru laksanakan ketika memberikan penekanan
kepda kepentingan mewujudkan hubungan personal dan sosial dalam kalangan murid.
Guru perlu memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya terhapa proses
interaksi sosial yang melibatkan murid ketika melakukan aktiviti pembelajaran.
Guru perlu lah melayani kepelbagaian murid melalui layabab yang saksama
terhadap semua murid tanpa mengira murid berkenaan lemah, miskin atau kurang
upaya. Dengan cara ini emosi murid tidak akan terganggu. Selain itu, apabila
emosi terkawal maka kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid berpeluang
berbual-bual tentang perasaan mereka dan ini akan lebih memudahkan lagi
penerimaan terhadap proses pembelajaqran yang dilaksanakan.
Guru juga harus cuba memperkembangkan
pengalaman murid. Ini boleh dilaksanakan dengan cara menggunakan alat bantu
mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri murid yang
dihadapinya. Mereka boleh memberikan penjelasan serta memperluas bahan bantuaan
dengan tujuan memperkayakan kurikulum. Penggunaan bahan-bahan yang bersesuaian
dengan kebolehan murid akan mendorong mereka untuk mengambil bahagian aktif
dalam proses pembelajaran. Penglibatan aktif murid secara langsung akan
membantu mereka untuk mengekalkan emosi terhadap aktiviti dalam pembelajaran.
Apabila guru dapat mengawal emosi
murid, maka guru dapat menjelaskan apa yang perlu dipelajari oleh murid melalui
penerangan yang jelas dan terperinci. Maklumat yang diberikan seharusnya
dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka bersedia menerima
aktiviti pembelajran yang akan dilaksanakan. Situasi yang sebegini akan
mewujudkan kerjasama antara guru dengan murid. Kebolehan guru mengawal emosi
bilik darjah sangat penting kerana ini akan memberikan peluang kepada
murid untuk berkomunikasi dengan guru.
Perhubungan positif antara guru dengan murid di dalam bilik darjah perlu
diwujudkan supoaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan
mendorong seseorang guru mengamalkan tangkah laku yang efektif dan berkualiti
serta berupaya membentuk emosi yang stabil dalam kalangan murid.
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan emosi yang positif dalam kalangan murid
memerlukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi daripada guru-guru.
Selain itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia murid dengan hasrat mempengaruhi, memimin dan
membentuk emosi mereka. Kejayaan memasuki dunia murid dapat menghasilkan persefahaman
dengan murid khususnya dalam usaha untuk emosi yang mesra ketika bersama dengan
murid dalam sesuatu proses pembelajaran. Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan
saling bersedia untuk berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama untuk
menjayakan matlamat pembelajaran di samping membentuk emosi positif dalam
kalanga mereka yang terlibat.
No comments:
Post a Comment