PUNCA-PUNCA

PUNCA GANGGUAN EMOSI MURID

Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah harus memahami  masalah dan gangguan emosi yang dihadapi oleh murid. Setiap individu mempunyai cara kehidupan tersendiri dan berbeza antara satu sama lain dan bergantung kepada cara pembentukan oleh keluarga. Oleh itu, guru harus memainkan peranan penting dengan memahami emosi murid agar perbezaan ini tidak dijadikan tembok untuk mereka bergaul.

Emosi seseorang boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir. Pertumbuhan kecerdasan di sekolah saya juga dipengaruhi oleh faktor keluarga, lingkungan persekitaran dan rakan sebaya serta tindakan guru.

Dengan membaca buku dan nota yang diberi oleh pensyarah, saya juga dapat mengenal pasti jenis tekanan dan gangguan emosi murid sekolah saya. Kebanyakkan murid sekolah saya terdiri daripada murid-murid ladang kelapa sawit. Ibu bapa mereka juga ada yang bekerja di ladang dan dipekan yang berhampiran. 

Murid-murid sekolah saya juga mengalami gangguan emosi ringan , sederhana dan berat. Gangguan Emosi Ringan merupakan gangguan peringkat ringan yang biasanya tidak terlalu kelihatan ciri-ciri dari luarannya.  Perkara ini jelas kelihatan apabila murid kelas lain ingin meminjam barang daripada kelas lain. Ada di antara murid juga terasa beban untuk memberi pinjaman kepada kawan mereka. Pada peringkat ini , murid yang tidak dapat meminjam dapat mengawal tekanan gangguan mereka. Namun begitu, jika diteliti lebih mendalam, biasanya pertumbuhan emosinya tidak sesuai dengan tahap umur yang seharusnya dialami oleh seorang murid.

Gangguan emosi sederhana merupakan gangguan emosi yang  agak lebih kelihatan disbanding dengan emosi yang ringan. Pada kebiasaanya perasaan marah, takut atau pun sedih yang seharusnya menjadi perkara normal jika terjadi kepada murid.  Sebagai contohnya, murid sekolah saya yang dating lewat tidak menjalankan tugas pada hari itu.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.  Keadaan ini juga berlaku di sekolah saya. Kebanyakkan barang dan peralatan perabot diletakkan dalam setiap sudut. Kesesakkan telah berlaku.  Ini bermasksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondutif dan mengganggu emosi mereka. Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Malah keadaan ini lebih ketara kerana ada  segelintir murid  sekolah saya yang berperanan sebagai pengganggu bagi menarik perhatian rakan lain yang akhirnya menjejaskan fokus terhadap pembelajaran. Ini secara langsung akan menganggu emosi murid yang ingin belajar dan menyebabkan tumpuan terhadap pembelajaran akan terjejas. Kelompok kecil ini mampu merangsang rakan sebaya lain untuk turut melakukan perbuatan yang sama dan kita khuatir jika tiada pengawalan baik, unsur negatif akan terus meresap serta sebati dalam diri murid yang boleh menjurus perlakuan masalah disiplin yang lebih serius.

Jika keadaan ini dibiarkan berlanjutan, adalah dikhuatiri pihak sekolah saya akan mengalami kesukaran menangani maslah gangguan emosi murid sehingga ke satu tahap kehadiraan murid bermaslah tidak dialu-alukan kerana jelas mengganggu proses pembelajaran, selain menyebabkan gejala negatif terus menular kepada murid lain. Masalah kesesakan juga turut memberi kesan pencapaian murid apabila guru sukar menyampaikan pembelajaran dengan berkesan apabila jumlahnya terlalu besar.

Selain itu, keluarga memainkan peranan penting dalam perubahan sikap dan emosi murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup negatif  murid sekolah saya adalah penderaan, perceraian, kemalangan, kematian, hilang pekerjaan, dipenjara, penyalahgunaan bahan terlarang, krisis kewangan dan lain-lain. Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Secara keseluruhan , peristiwa negatif yang banyak berlaku di ladang saya dibandingkan dengan peristiwa positif. Jadi peristiwa dalam keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain.

Pengaruh keluarga juga memberi kesan kepada kehidupan murid. Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Bagi kanak-kanak yang gagal mengawal emosi, boleh menyebabkan demam, selesema sakit kepala, susah tidur dan loya. Dari segi tingkah laku, murid berkenan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanan tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Di peringkat sekolah rendah, emosi murid juga melibatkan Pengaruh Rakan Sebaya. Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Minat mereka lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat,baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkab diri daripada rakan sebaya. Murid begini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannnya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan taingkah laku murid di dalam kelas.

Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi murid. Tindakan guru akan menyebabkan murid mula melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti pangacau dan si bodoh. Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negative atau tidak mempedulikan murid akan memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka berasa tersingkir. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik akan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menentukan sama ada seseorang murid itu menganggpa dirinya sebagai Berjaya, pandai atau gagal, bodoh dan tidak berguna. Personalti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personality murid. Gred, markah dank ad laporan secara langsung menunjukkan bahawa murid berkenaan mengalami gangguan emosi akibat daripada sikap guru yang tidak disukainya. Jika dibiarkan berterusan ini akan menambahkaan perasaan serba kekurangan, tidak memadai, bimbang dan menyebabkan tekanan emosi yang keterlaluan dalam kalangan murid.

Suasana tempat belajar dan keperluan menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan  mungkin akan menyebabkan murid menghadapi tekanan emosi jika mereka gagal berbuat demikian. Cabaran untuk menyiapkan tugasan dan beban kerja sekolah yang keterlaluan akan mengakibatkan rasa tidak selamat, hilang keyakinan dan seterusnya akan menyebabkan masalah emosi yang serius. Kurangnya bimbingan yang jelas dari pihak guru untuk membuat sesuatu tugasan akan menyebabkan seseorang murid berasa ragu-rgu terhadap apa yang perlu dibuat. Akhkirnya akan berlakunya kekecewaan dan kehampaan kerana gagal menyiapkan tugasan tersebut. Ini akan mengakibatkan murid pergi ke sekolah dalam keadaan emosi terganggu dengan menunjukkan rasa kurang senang, berdiam diri, murung dan malu untuk bergaul dengan rakannya yang lain.

Ibu bapa seharusnya boleh memainkan pelbagai peranan dalam membentuk disiplin, perbadi dan emosi anak-anak. Kecuaian ibu bapa untuk memahami peranannya yang sebenar menjadikan anak-anak hilang panduan dan keliru dalam menjalani kehidupannya. Ibu bapa tidak boleh menyalahkan anak-anak mereka apabila mereka memilih orang lain untuk dicontohi. Perenan berkesan yang dimainkan oleh ibu bapa di rumah dengan melakukan sesuatu yang positif  untuk keharmonian kekeluargaan akan membawa keharmonian ini ke sekolah. Jika keharmonian ini dapat disalurkan ke sekolah, sudah tentunya kelangsungan keharmonian ini dapat diwujudkan dalam masyarakat.

Guru yang berhadapan dengan murid-muridnya pada setiap hari seharusnya dapat mengenal pasti tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid mereka. Antara tanda maslah emosi dan sosial dalam kalangan murid adalah seperti tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah, selalu mengantuk atau tidur di dalam kelas, sentiasa kelihatan letih,kerapa sakit perut, mudah diserang penyakit, duduk dalam keadaan yang tidak selesa, pencapaian akademik yang semakin merosot, sering berasa cemas, takut dan benci.

Jelaslah bahawa sangat penting untuk guru mengawal emosi di bilik darjah agar mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang kondusif. Memang tidak dinafikan bahawa seorang murid memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah. Jadi, suasana bilik darjah memainkan peranan terpenting dalam memupuk dan mengawal emosi murid selain daripada suasana keluarga di rumah.


No comments:

Post a Comment